Hi, how can we help?

General

Shopee Account
Shopee App (Android/iOS)
Shopee Desktop
Guidelines
Policies
Resources
Buying Safely
Additional Services

[Akaun Saya] Bagaimanakah cara untuk menukar nombor telefon bimbit saya?

BM | CN | ENG
 
Anda boleh menukar nombor telefon bimbit anda di aplikasi Shopee dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:
 
Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Case Tracker 2  (1).gif
Langkah 1: Pergi ke tab Saya
Langkah 2: Pilih ikon Tetapan ⚙️
Langkah 3: Klik pada Akaun & Keselamatan
Langkah 4: Pilih Telefon
Langkah 5: Masukkan Nombor Telefon Baru anda
Langkah 6: Klik pada Seterusnya
Langkah 7: Pilih Kaedah Pengesahan (Whatsapp, SMS atau Panggilan)
Langkah 8: Masukkan Kod Pengesahan yang dihantar ke nombor telefon baru atau yang telah dikemas kini
Langkah 9: Klik pada Seterusnya
 
Jika anda tidak dapat menukar nombor anda dalam aplikasi, sila isi Aplikasi Tukar Nombor Telefon Bimbit kami. Berikut adalah beberapa sebab mengapa anda mungkin perlu menukar nombor anda:
 

Sebab

Penjelasan

Nombor baharu terpaut di akaun Shopee yang lain

Nombor anda mungkin telah dikitar semula oleh penyedia perkhidmatan anda. 

Tidak dapat menyelesaikan pemeriksaan keselamatan

Nombor anda mungkin tidak aktif atau tidak dapat menerima kod pengesahan. 

Telefon bimbit hilang

Anda telah kehilangan akses ke telefon anda dan perlu mengemas kini nombor anda. 

E-mel lama tidak lagi digunakan/hilang

Anda telah kehilangan akses ke nombor telefon anda dan tidak dapat menggunakan emel lama anda untuk mendapatkan kod pengesahan. 

Nombor semasa tidak lagi digunakan/hilang 

Nombor lama anda tidak lagi aktif. 

 
Selepas menghantar borang, pasukan khidmat pelanggan kami akan menghubungi anda. Sila sediakan perkara berikut untuk pemprosesan yang lebih cepat:
 
  • Nombor telefon lama dan baru anda.
  • Bukti pemilikan untuk nombor baru, seperti:
  • Tangkapan skrin dari aplikasi penyedia perkhidmatan anda atau foto jelas bil telefon anda yang menunjukkan nama dan nombor anda.
  • Untuk nombor prabayar, e-penyata atau dokumentasi dari penyedia perkhidmatan anda.

Sebab-sebab anda tidak dapat menukar nombor telefon anda
 
  • Akaun Sedia Ada - Anda mungkin sudah mempunyai akaun Shopee lain yang didaftarkan dengan nombor telefon yang sama. Cuba ingat semula kata laluan anda dan log masuk ke akaun tersebut. Ketahui cara untuk menetapkan semula kata laluan akaun Shopee anda yang terdahulu jika anda terlupa kata laluan.
 
  • Nombor Telefon Kitar Semula - Nombor telefon boleh dikitar semula oleh penyedia perkhidmatan, yang bermaksud nombor anda mungkin pernah digunakan oleh orang lain sebelum ini. Penting untuk diperhatikan bahawa pemilik sebelumnya tidak mempunyai akses ke akaun Shopee anda.
 
  • Akaun di bawah penggantungan - Jika anda telah menerima notis mengenai akaun anda digantung, sila rujuk Artikel Pusat Bantuan kami - Mengapakah akaun saya dihadkan? untuk maklumat lanjut mengenai sebab akaun anda disekat.
Was this article helpful?
Yes
No